KOTA BHARU: Seorang peserta konvoi kenderaan dari bandar ini ke ibu negara terkejut apabila telefon bimbitnya memaparkan imej menakutkan seperti hantu yang dirakam dalam sebuah resort di Kuantan, Pahang ketika berhenti rehat, tiga hari lalu.
Wajah menggerunkan itu dikatakan dirakam secara tidak sengaja oleh Mohd Nasrun Jaafar, 31, ketika dia dan isteri, Wan Nafisah Wan Ismail, 30, menginap di sebuah bilik di resort berkenaan selepas tiba dari bandar ini sebelum meneruskan perjalanan ke ibu negara.
Menurutnya, rakaman itu sebenarnya dilakukan ketika dia cuba bermain-main dengan telefon bimbitnya yang baru dibeli kira-kira sebulan lalu.
Katanya, ketika itu, isterinya sudah nyenyak tidur tetapi dia masih tidak dapat melelapkan mata walaupun badan terasa begitu penat selepas menyertai pelbagai aktiviti program konvoi berkenaan dari jam 8 hingga 10 malam.
“Kira-kira jam 11.30 malam, saya memadamkan lampu bilik dan asyik bermain dengan telefon berkamera sambil cuba merakamkan beberapa imej di sekitar bilik dan secara tidak sengaja merakam gambar di cermin almari dalam bilik berkenaan.
“Selepas itu, saya kemudian tertidur tanpa melihat kembali imej dirakam sebelum bertolak ke Kuala Lumpur kira-kira jam 2 petang esoknya,” katanya.
Menurutnya, ketika cuba melihat rakaman imej kenangan menggunakan telefon bimbit itu, dia tiba-tiba gementar apabila mendapati ada satu imej seperti seorang lelaki berpakaian wanita yang muncul pada cermin bilik penginapan di resort terbabit.
Katanya, rakaman wajah makhluk itu begitu menggerunkan dengan jelingan mata tajam ditambah dengan keadaan wajah yang seperti sudah reput dan menakutkan.
“Ketika tidur di bilik itu, saya tidak berasa sesuatu yang pelik, cuma sukar melelapkan mata.
“Rakaman imej menakutkan itu kemudian saya tunjukkan kepada rakan lain yang turut terkejut,” katanya ketika ditemui, semalam.
Mohd Nasrun berkata, imej dirakam itu sukar dipastikan sama ada lelaki atau perempuan, namun jika diteliti makhluk berkenaan seakan mempunyai misai dan bulu kening yang diandam rapi.
“Wajah makhluk itu seperti ada kesan tanah di bahagian muka dan kepala manakala sebahagian badannya dilitupi kain putih seperti kain kapan dan di leher seperti ada kesan dikelar tetapi tidak dapat dipastikan kerana kurang jelas,” katanya.
tak silap aku budak2 histeria tu kat kuantan gak..... suku sakat hantu tu gak gamaknya...
morel of the stori.... nak tengok hantu.. makhluk halus... bley gi kuantan...wokey..
SERAM: Gambar didakwa hantu di cermin bilik yang dirakam
secara tidak sengaja melalui telefon bimbit di sebuah pusat
peranginan di Kuantan, kelmarin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment